Catatan popular daripada blog ini
Anugerah Desa Perdana 2017
Dari 12 bahagian Sarawak, kampung Niup (wakil bahagian Samarahan) menduduki tempat ke-3 dari 11 bahagian yg lain.. tahniah diucapkan atas usaha dan kerjasama yg diberikan terutama sekali kepada bahagian aspek secara khususnya, dan kepada penduduk kpg niup.. tidak lupa juga kepada pejabat daerah samarahan, dan pihak KEMAS samarahan atas sokongan dan kerjasama yg diberikan.... kini, kampung Niup antara 3 kampung terbaik di Negeri Sarawak... tempat pertama - Kampung Rajang (Bahagian Mukah) Tempat ke-2 - Kampung Cina Sg Tulai (Bahagian Sarikei) Tempat ke-3 - Kampung Niup (Bahagian Samarahan)
Sejarah awal Kampung Niup
Sejarah awal Kampung Niup dipercayai bermula dari sebuah penempatan kecil yang dikenali sebagai Kampung Nangka . Dari mana nama kpg Nangka dapat nama? Itu cerita lain. Di sebabkan aktiviti penerokaan tanah untuk bercucuk tanam, sebahagian penduduk berhijrah ke kawasan baru di sebelah hulu yang belum di beri nama. Sepanjang mereka berkayuh menggunakan sampan, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, nyaman sungguh rasanya. Memandangkan penempatan baru tersebut masih belum ada nama, dinamakan tempat tersebut sebagai “Niup” bersempena angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa ketika mereka menaiki perahu.
Ulasan
Catat Ulasan