Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Anugerah Desa Perdana 2017

Imej
Dari 12 bahagian Sarawak, kampung Niup (wakil bahagian Samarahan) menduduki tempat ke-3 dari 11 bahagian yg lain.. tahniah diucapkan atas usaha dan kerjasama yg diberikan terutama sekali kepada bahagian aspek secara khususnya, dan kepada penduduk kpg niup.. tidak lupa juga kepada pejabat daerah samarahan, dan pihak KEMAS samarahan atas sokongan dan kerjasama yg diberikan....  kini, kampung Niup antara 3 kampung terbaik di Negeri Sarawak...  tempat pertama - Kampung Rajang (Bahagian Mukah) Tempat ke-2 - Kampung Cina Sg Tulai (Bahagian Sarikei) Tempat ke-3 - Kampung Niup (Bahagian Samarahan)

Anugerah Desa Perdana 2017

Imej
ini adalah ahli-ahli yg ditugaskan dalam setiap biro bagi pembentangan Aspek untuk pertandingan Anugerah Desa Perdana 2017. senarai nama ahli yg terlibat: 1.mutawally 2.Sahak 3.Yakup 4.Penghulu Haji Mahdi 5. Cikgu Suut 6. Aniza 7.Cikgu Asri 8. Azizul 9. Razali 10. Farhan 11. Awg Bahrin 12. Cikgu Wahid 13. Juhazril

skuad badminton kampung

Imej
"Kamilah juara".skuad kelab badminton kampung niup, telah merangkul gelaran juara badminton terbuka samarahan di Kampung Tanjung Tuang pada 11/09/17 .. syabas # KTTBCcup2017

skuad bola sepak kampung

Imej

Indahnya Kampungku

Imej
diantara keistimewaan kpg ini juga, kita dapat menyaksikan keindahan ketika matahri terbenam (sunset) yg cantik disamping juga dapat melihat  gunung serapi yg begitu jauh sekali dari kampung ini.. kalau nak lihat sunset, bolehlah dtg ke jeti kampung petang2.. serius cantik beb... gmbar ini merupakan bukti keindahan ketika matahari terbenam dgn menggunakan drone.. cantik kann...

OUR MONUMENT

Imej
this is our MONUMENT ... (perahu tambang) kenapa perahu tambang?? kerana pada zaman dahulu, kebanyakan orang kampung bekerja sebagai penambang,  dan kenderaan seperti perahu sahaja yg digunakan untuk bergerak ke tempat lain disebabkan tiada jalan darat yang elok dan kampung ini berdekatan dengan sungai..  sampai sekarang masih ada lagi anak kampung yang masih bekerja sebagai penambang di Waterfront Kuching...Tugu ini didirikan sekitar bulan Mei dan Jun 2017.. sebelum ini, tugu ini sudah ada dikawasan Dewan kampung, dan pada tahun 2017 ini, JKK kampung telah menukarkan tempat tugu tersebut ke jalan sebelum masuk kampung berdekatan gerbang masuk kampung (blok 8)..

Facebook Kampung Niup

Imej
Kampung Niup juga mempunyai Facebook Page... bolehla follow dan like sekali yer... facebook page : @kampungniupkotasamarahan

Aerial View Kampung Niup

ini adalah video montaj ssahaja.. bukan official video korporat kampung.. video ini dipaparkan hanya untuk merakam kawasan kampung Niup.

pengusaha kerepek kampung

Imej
Pengusaha kerepek.. anak kampung.. kak dayang rajuna.. Sapa2 yg nak rasa boleh pm beliau d no yg tertera.. confirm sedap..

JKKKK Niup, Kota Samarahan

Imej
jawatan kuasa kemajuan dan keselamatan kampung niup Kota Samarahan.. ini adalah antara orang2 penting dalam kampung...
Bang Man Dagok ialah seorang pengusaha apam balik yg dulunya berniaga secara kecil-kecilan telah berjaya memperoleh pendapatan hampir RM300 sehari hasil dari jualannya. Beliau yg dahulunya berniaga di Desa Ilmu (depan Summer Mall) kini berniaga di Samarindah.. kepada sesiapa yg nak rasa apam balik yg beliau buat, bolehlah pergi ke samarindah bagi menikmati keenakan apam balikmyg beliau buat... -pengusaha anak Kampung yg berjaya.. Link ini adalah bukti pendapatan yg beliau perolehi http://www.sarawakiana.net/2015/12/pendapatan-rm300-sehari-jual-apam-balik.html http://www.sarawakiana.net/2015/12/pendapatan-rm300-sehari-jual-apam-balik.html

Gerakan Daya Wawasan

Karnival Semarak Kasih Anjuran JKKK Kpg Niup dan AJK Masjid

Imej
Pasukan Arsenal yang di ketuai Encik Ariffin telah menjuari Pertandingan Takbir Raya tertutup dan Liga  Bola Sepak sembilan  sebelah Kpg Niup.

Sejarah awal Kampung Niup

Imej
                Sejarah awal   Kampung Niup   dipercayai bermula dari sebuah penempatan kecil yang dikenali sebagai  Kampung   Nangka . Dari mana nama kpg Nangka dapat nama? Itu cerita lain. Di sebabkan  aktiviti penerokaan tanah untuk bercucuk tanam, sebahagian penduduk berhijrah ke kawasan baru di sebelah hulu yang belum di beri nama.       Sepanjang mereka berkayuh menggunakan sampan, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, nyaman  sungguh rasanya. Memandangkan penempatan baru tersebut masih belum ada nama, dinamakan tempat tersebut sebagai “Niup” bersempena angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa ketika mereka menaiki perahu.