Gerakan Daya Wawasan
Pengenalan
Gerakan Daya Wawasan adalah Penekanan kepada pembangunan modal Insan berasaskan kepada konsep DAYA iaitu Daya Manusia, Daya Ekonomi dan Daya Pasaran.
- Daya Manusia - Penekanan kepada Potensi diri (Bakat, Kebolehan dan kemahiran), Modak Sosial (Kebudayaan & Adat Resam, Hubungan kekeluargaan, Kejiranan, rangkaian) dan Modal Insan(Pengalaman, Pendidikan, pengetahuan dan Nilai & sikap)
- Daya Ekonomi - Penekanan kepada Sumber kekayaan tempatan, Sumber kewangan dan teknologi yang diketahui
- Daya Pasaran - Penekanan kepada pemasaran hasil produk kampung, kualiti, keunikan produk, rangkaian pemasaran harga dan sebagainya.
Konsep GDW
Proses yang berterusan untuk meningkatkan pengupayaan (empowerment) penduduk desa kearah membawa perubahan dan pembangunan yang lebih pesat ke kawasan luar Bandar.
Fokus Utama GDW ialah :
- Pembangunan menyeluruh dari segi Fizikal, Mental dan spiritual
- Membangkitkan kesedaran dalam peningkatan ilmu pengetahuan, perubahan
- pemikiran (mind set) dan perubahan sikap
- Pembangunan Modal insan dalam membudayakan nilai-nilai murni dan universal
- Mencapai matlamat pembangunan Mampan
Objektif
- Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan Latihan dikalangan masyarakat desa secara berterusan, tersusun dan mengikut kaedah yang bersesuaian
- Melahirkan masyarakat desa yang berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran serta sentiasa berazam kearah membentuk scenario desa ‘Q' iaitu yang maju, menarik dan menguntungkan.
- Mempertingkatkan pengupayaan masyarakat desa untuk membawa perubahan dan pembangunan yang pesat di kawasan luar Bandar
- Mempertingkatkan inisiatif, kerjasama dan penglibatan aktif semua lapisan masyarakat dalam mengurus, membangun dan memajukan desa
- Menjana sumber dan tenaga dari semua sector secara bersepadu kearah pembangunan luar Bandar yang lebih menyeluruh
Matlamat
Matlamat utama Kampung GDW
MAJU
- Manusia / Modal Insan Yang cemerlang
- Keluarga yang sejahtera
- Masyarakat Berdaya Tahan/Jati Diri
- Infrastruktur & Kemudahan Berkualiti
MENARIK
- Kampung yang ceria, bersih dan nyaman
- Tidak Terdapat Gejala Sosial
- Masyarakat Harmoni/Bersatu Padu
MENGUNTUNGKAN
- Projek ekonomi baru melalui sumber kekayaan baru yang berdaya maju
- Pendapatan seimbang antara penduduk
Konsep
Gerakan Daya Wawasan ialah proses peningkatan pengupayaan yang boleh membangkit kesedaran dan pembangunan sikap penduduk desa kearah transformasi kedua luar Bandar. Gerakan ini menekankan kepada penglibatan penduduk desa itu sendiri dalam proses perancangan program pembangunan kearah menjadikan desa lebih maju, menarik dan menguntungkan. Perencanaan program dibuat secara tersusun dan berterusan.
Strategi
Strategi Pelaksanaan GDW
- Memperkukuhkan JKKK/JKKR sebagai nadi penggerak utama dalam membimbing dan memajukan kampung
- Meningkatkan pengupayaan melalui proses perancangan dari bawah keatas dengan menggalakkan penyediaan Profil Kampung bagi setiap kampung
- Mengembeling segala sumber & tenaga dari semua sektor termasuk termasuk kerajaan, NGO's dan swasta secara tersusun dan bersepadu untuk menggerakkan pembangunan desa
Merancang pelaksanaan melalui pemilihan kampung GDW secara berperingkat-peringkat. Pemilihan dilakukan berasaskan kriteria-kriteria seperti berikut :
- Kepimpinan kampung yang aktif, komited dan berwawasan
- Mempunyai prasarana asa yang bersesuaian
- Berpotensi untuk dimajukan
- Penduduk kampung sanggup menerima perubahan dan cabaran
Memantapkan kaedah pelaksanaan melalui perlantikan Penggerak GDW (samada pegawai KEMAS/Agensi KKLW) bagi setiap kampung GDW bertujuan menyelaras pelaksanaan program dan membantu JKKK./JKKR mempertingkatkan pengupayaan mereka
Mewujudkan struktur pengurusan dan pemantauan melalui beberapa jawatankuasa iaitu:-
- Jawatankuasa Kabinet GDW
- Jawatankuasa Induk GDW
- Jawatankuasa Peringkat Negeri
- Jawatankuasa Peringkat Daerah
- Jawatankuasa Peringkat Mukim
- Jawatankuasa Peringkat Kampung
Selaras dengan itulah lahirnya Kampung yang berdaya maju dan telah memenangi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan.
Piagam
Piagam Daya Wawasan
- Menyedari
Dunia terus mengalami perubahan yang pesat dan Negara Malaysia terus bergerak maju menjelang 2020. - Memahami
Bahawa masyarakat desa harus berusaha melengkapkan diri bagi menyertai arus perdana pembangunan Negara. - Menyakini
Bahawa desa boleh menjadi lebih maju, menarik dan menguntungkan.
Maka, kami penduduk desa berazam :
- Menjadi insan yang cemerlang
- Membina keluarga yang bahagia
- Melahirkan masyarakat yang harmonis dan bersepadu
- Mewujudkan desa yang teratur, bersih dan indah
- Mengamalkan budaya hidup berteraskan nilai-nilai murni
- Menggerakkan ekonomi desa yang dinamis dan berteknologi
- Menanam keazaman menjadi desa kami sebuah Desa Wawasan
Ulasan
Catat Ulasan